Sedikit mengenai Syiah (2):
- Syiah - Mengkufurkan/memurtadkan semua para sahabat kecuali beberapa orang. Ini contoh utama.
- Sekularisme - Menolak al Quran sebagai sumber hukum kehidupan. Ini contoh utama.
Perhatikan, kedua-duanya TERTOLAK dalam akidah Islam/Ahlus Sunnah wal Jamaah. Justeru MENGAPA jika kita menolak Syiah, kita masih tidak melihat bahaya sekularisme?
Kerana itu, saya katakan, di sebalik bahaya ajaran Syiah, lebih bahaya adalah ajaran sekularisme kerana ia hampir-hampir tidak disedari oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.
Lihat, bagaimana para ulama dan pejuang Islam seluruh dunia bersatu menolak sekularisme dan ajaran barat yang membakar akidah umat Islam ASWJ.
Manakala ajaran Syiah juga mereka tentang. Tetapi bukan di tempat pertama pada keutamaan sebab:
1) Syiah cerita lama yang mudah ditemui jawaban melalui kitab-kitab yang banyak mendedahkannya. Setiap kita mudah memahami kesesatan Syiah dan mengingatkannya. Adapun sekularisme, ia mula membakar di negara Islam baru 100 tahun dulu.
2) Sekularisme telah masuk secara terbuka ke dalam rumah setiap umat, sedangkan ajaran Syiah hanya menyusup secara sembunyian ke rumah-rumah tertentu. Maka pastinya bahaya sekularisme lebih besar.
3) Sekularisme menggunakan jentera dan propaganda kerajaan, sedangkan Syiah masih konvensional propagandanya. Mana lebih bahaya?
4) Umat Islam sering tertipu dan memaafkan sekularisme, manakala mereka begitu sensitif dengan Syiah. Justeru kita tumpukan lebih pada yang dilalaikan umat.
Saya sedang MENULIS di sini mengenai ajaran Syiah dan sekularisme. Saya tidak lagi menghukum orang Syiah dan orang sekular.
Hukum berjalan mengikut tata cara fiqh yang harmoni. Jangan kita segera menghukum 'sekali sapu' saja aa..
*dicopy dan paste dari status FB Ustaz Nik Mohamad Abduh
No comments:
Post a Comment