Assalamualaikum.
InsyaAllah sedikit bicara berkenaan Ramadhan yang bakal kunjung tiba beberapa hari lagi.
Semoga dipanjangkan umur kita untuk sampai kepada sesuatu yang kita tunggu selama setahun ini. Inilah bulan dimana kita semua selaku seorang muslim dan mukmin diwajibkan untuk berpuasa pada siang harinya dan disunatkan untuk bersolat terawikh pada malam harinya seusai solat Isyak. Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Andai tiada rasa gembira dan teruja dalam diri kita dalam menyambut bulan ini, maka Iman kita semua haruslah disemak semula.
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."
Apa yang aku harapkan sepertimana tiap-tiap tahun, diri ini sentiasa ingin menjadi lebih soleh dan mampu melayakkan diri menjadi pemuda-pemuda Islam yang sentiasa menjadi penggerak ummah dibarisan hadapan. Al-maklum lah, iman ini sifatnya turun naik, apatah lagi keadaan aku ni yang imannya lebih banyak turun berbanding naik. (itu pun kalau naik). Seruan aku terhadap kalian, marilah kita bersama memaksimumkan amal islami kita dalam bulan yang istimewa ini dan semoga kita beristiqamah dalam bulan-bulan yang lainnya. Sebab antara tanda-tanda amalan seseorang dalam bulan ramadhan itu diterima adalah dia istiqamah dalam melaksanakan amalan itu selepas berakhirnya ramdhan.
wassalam....=))
No comments:
Post a Comment