Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”
Dalam mengharungi dunia akhir zaman nih, sememangnya "awkward moment" apabila bercakap tentang Islam dalam kelompok manusia yang pelbagai yang kita tidak mengetahui bagaimanakah fikrah mereka. Tapi bagi aku, hal itu tidaklah boleh dijadikan alasan untuk dakwah ini terhenti atau terbatas. Untuk mereka sama ada mahu menerima atau menolak dakwah itu, serahkan sahaja segalanya pada Allah Taala kerana hanya dia yang maha mampu memberi hidayah kepada sesiapa pun yang dikehendakinya. Semoga kita turut dikurniakan hidayah Allah kita. Yang penting kita sebagai khalifah Allah dan juga daie' bagi agama Allah yang syumul ini seharusnya jangan berputus asa terhadap kerja dakwah ini. Sebarkanlah ia seluas-luasnya kerana dakwah islamiyah ini bukan hanya untuk mereka-mereka yang sudah mengenal islam itu apa bahkan ianya melangkaui segala jenis sempadan.
Untuk diri aku sendiri, aku sedar aku ni bukanlah insan yang cukup baik untuk menyampaikan perkara yang baik-baik. Tetapi, bila dikenangkan kembali kata-kata Imam Al-Ghazali, kalau nak tunggu semua orang jadi baik, tidak akan ada dakwah diatas muka bumi ini.
Kata-kata inilah yang sentiasa meneguhkan kekuatan dalam diri aku untuk menyampaikan apa sahaja selagi mana ianya baik untuk aku terutamanya dan seluruh umat manusia amnya.
Biarkan sahaja tohmahan masyarakat kerana kita harus yakin rahmat Allah itu sentiasa ada.
Insya Allah.
Perjuangan Itu Pahit kerana Syurga Itu Manis
No comments:
Post a Comment