Jul 28, 2012

Motivasi Siasah 1.0

Hasan Al-Banna berpandangan bahawa Islam dalam bentuknya yang asli cuma dapat dilaksanakan dalam abad ke-20 ini apabila ia didukung dengan ilmu, faham, amal dan jihad. Dengan itu umat islam hendaklah keluar berdepan, mecabar serta menentang pemikiran asing dan proses pembaratan yang melanda umat mereka ketika itu.

Umat Islam mesti diwakili oleh sebuah gerakan haraki yang berani secara terbuka melaksanakan segala tuntutan amar makruf dan nahi mungkar kepada seluruh lapisan masyarakat.

Anggota gerakan haraki itu juga mestilah sanggup mengorbankan apa sahaja yang ada pada mereka demi kepentingan Islam melalui jihad fi sabilillah.

Gerakan Haraki itu mestilah tidak jumud. Ia mestilah sentiasa hidup dan bergerak serta mampu menyuntikkan nilai sebenar kehidupan kepada setiap insan disamping sentiasa menggerakkan masyarakat kearah cita-cita mendaulatkan semula Islam diatas muka bumi.

Untuk itu gerakan haraki itu hendaklah mempunyai program yang teratur bagi memperkaderkan tenaga terbaik dikalangan ummah secara jamaie melalui qiyadah rasyidah ( kepimpinan yang dicari-cari ) dan satu tanzim yang munazzamah.

-: dipetik dari buku berjudul Tokoh-Tokoh Besar GERAKAN ISLAM Dalam Sejarah:Kisah-Kisah Inspiratif Para Pemimpin Gerakan Islam Sedunia karya YB Saari Sungib.


1 comment: