Jul 29, 2012

Mengingati Allah

Dari Abi Hurairah r.a. bahwa Rasullullah SAW bersabda :

Allah SWT berfirman :

Aku adalah sepertimana yang hambaKu fikirkan tentang diriKu. Aku bersama-samanya ketika dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu ketika dia bersendirian, Aku akan mengingatinya bersendirian. Sekiranya dia mengingatiKu di dalam sebuah perkumpulan, Aku akan mengingatinya dalam perkumpulan yang lebih baik daripada itu.

Barangsiapa yang mendekat kepadaKu satu hasta maka Aku akan mendekat kepadanya satu lengan, dan barang siapa mendekat kepadaKu satu lengan maka Aku akan mendekat kepadanya dua lengan, dan jika ia menghampiri kepadaKu dengan berjalan maka Aku menemuinya dengan berlari.'

(Hadits diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim)


Jul 28, 2012

Motivasi Siasah 1.0

Hasan Al-Banna berpandangan bahawa Islam dalam bentuknya yang asli cuma dapat dilaksanakan dalam abad ke-20 ini apabila ia didukung dengan ilmu, faham, amal dan jihad. Dengan itu umat islam hendaklah keluar berdepan, mecabar serta menentang pemikiran asing dan proses pembaratan yang melanda umat mereka ketika itu.

Umat Islam mesti diwakili oleh sebuah gerakan haraki yang berani secara terbuka melaksanakan segala tuntutan amar makruf dan nahi mungkar kepada seluruh lapisan masyarakat.

Anggota gerakan haraki itu juga mestilah sanggup mengorbankan apa sahaja yang ada pada mereka demi kepentingan Islam melalui jihad fi sabilillah.

Gerakan Haraki itu mestilah tidak jumud. Ia mestilah sentiasa hidup dan bergerak serta mampu menyuntikkan nilai sebenar kehidupan kepada setiap insan disamping sentiasa menggerakkan masyarakat kearah cita-cita mendaulatkan semula Islam diatas muka bumi.

Untuk itu gerakan haraki itu hendaklah mempunyai program yang teratur bagi memperkaderkan tenaga terbaik dikalangan ummah secara jamaie melalui qiyadah rasyidah ( kepimpinan yang dicari-cari ) dan satu tanzim yang munazzamah.

-: dipetik dari buku berjudul Tokoh-Tokoh Besar GERAKAN ISLAM Dalam Sejarah:Kisah-Kisah Inspiratif Para Pemimpin Gerakan Islam Sedunia karya YB Saari Sungib.


Jul 16, 2012

Harapan Ramadhan

Assalamualaikum.

InsyaAllah sedikit bicara berkenaan Ramadhan yang bakal kunjung tiba beberapa hari lagi.
Semoga dipanjangkan umur kita untuk sampai kepada sesuatu yang kita tunggu selama setahun ini. Inilah bulan dimana kita semua selaku seorang muslim dan mukmin diwajibkan untuk berpuasa pada siang harinya dan disunatkan untuk bersolat terawikh pada malam harinya seusai solat Isyak. Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Andai tiada rasa gembira dan teruja dalam diri kita dalam menyambut bulan ini, maka Iman kita semua haruslah disemak semula.

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."

Apa yang aku harapkan sepertimana tiap-tiap tahun, diri ini sentiasa ingin menjadi lebih soleh dan mampu melayakkan diri menjadi pemuda-pemuda Islam yang sentiasa menjadi penggerak ummah dibarisan hadapan. Al-maklum lah, iman ini sifatnya turun naik, apatah lagi keadaan aku ni yang imannya lebih banyak turun berbanding naik. (itu pun kalau naik). Seruan aku terhadap kalian, marilah kita bersama memaksimumkan amal islami kita dalam bulan yang istimewa ini dan semoga kita beristiqamah dalam bulan-bulan yang lainnya. Sebab antara tanda-tanda amalan seseorang dalam bulan ramadhan itu diterima adalah dia istiqamah dalam melaksanakan amalan itu selepas berakhirnya ramdhan.



wassalam....=))

Jul 14, 2012



STOP DREAMING.

Water In Islamic Architecture

In Islam, water is seen as life-giving, sustaining, and purifying.
The Qur’an states, “from water every living creature was created.”

Water is used in Islamic architecture for several basic reasons. First, it is used practically to provide cooling in hot, dry climates (e.g. the courtyard fountains and pools typically found in the vernacular architecture of the Middle East and North Africa, the origin of Islam). Second, it is used aesthetically to emphasize visual axes, reflect the surrounding environment, and visually multiply the adjacent architecture and its decorative detailing (e.g. the reflecting pools and watercourses at the Alhambra and Generalife in Granada, Spain). Third, it is used symbolically to represent the life-giving, sustaining, and purifying aspects of water mentioned in the Qur’an (e.g. the ablution fountains found traditionally in the central courts of mosques).

Water is an important component of traditional Islamic gardens and courtyards. In the Qur’an, the “garden” is used to represent the paradise promised to believers. One very particular type of Islamic garden related specifically to this concept is the so-called “Paradise Garden.” The word “paradise” comes from the Persian words pairi, meaning “around,” and daeza, meaning, “wall.” Together, these words create a reference to the fact that early Middle Eastern gardens were enclosed, masonry-walled precincts set aside from the wilderness of nature and used for cultivation in the desert.

The traditional layout of the Paradise Garden is rectilinear with a central pool or fountain and four extending watercourses. This quadripartite garden is also known as a chahar bagh or charbagh, a term which means “four gardens” in Persian. The central fountain symbolizes the origin and sustainer of life and the watercourses represent the four rivers of the Garden of Eden. In addition to their symbolic function, the fountain and watercourses also served the very practical purpose of irrigating the garden. As a general rule, the Paradise Garden is very formal and manicured. Perhaps the most famous Islamic Paradise Garden known to westerners is the garden at the Taj Mahal in Agra, India. At the Taj Mahal, each of the four quadrant gardens is divided geometrically into sixteen planting beds.

Although the Paradise Garden form is prevalent in Islam, it should not be taken as the only type of Islamic garden. Regardless of the ultimate form, there are several general themes that are common throughout the design of gardens in Islam: water is generally a unifying feature, shade is achieved through planting and architecture, and there is a balanced play between formal and informal planting arrangements.

With respect to water in particular, there are several important aspects of its design worth noting and which are helpful in evaluating its specific use in Islamic gardens:

type – fountain (dynamic) v. pool (static),
character – moving (dynamic) v. still (static),
depth – deep (dark, used to reflect its surroundings) v. shallow (light, used to illuminate its intricately-patterned, tiled basin),
form – linear (marking an axis) v. compact (marking a point).

*dicopy dan paste dari sini (LINK)

Jul 12, 2012

Hidup Mulia Mati Syahid



bangkitlah wahai pemuda-pemudi Islam.

Syiah dan Sekularisme

Sedikit mengenai Syiah (2):

- Syiah - Mengkufurkan/memurtadkan semua para sahabat kecuali beberapa orang. Ini contoh utama.

- Sekularisme - Menolak al Quran sebagai sumber hukum kehidupan. Ini contoh utama.

Perhatikan, kedua-duanya TERTOLAK dalam akidah Islam/Ahlus Sunnah wal Jamaah. Justeru MENGAPA jika kita menolak Syiah, kita masih tidak melihat bahaya sekularisme?

Kerana itu, saya katakan, di sebalik bahaya ajaran Syiah, lebih bahaya adalah ajaran sekularisme kerana ia hampir-hampir tidak disedari oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.

Lihat, bagaimana para ulama dan pejuang Islam seluruh dunia bersatu menolak sekularisme dan ajaran barat yang membakar akidah umat Islam ASWJ.

Manakala ajaran Syiah juga mereka tentang. Tetapi bukan di tempat pertama pada keutamaan sebab:

1) Syiah cerita lama yang mudah ditemui jawaban melalui kitab-kitab yang banyak mendedahkannya. Setiap kita mudah memahami kesesatan Syiah dan mengingatkannya. Adapun sekularisme, ia mula membakar di negara Islam baru 100 tahun dulu.

2) Sekularisme telah masuk secara terbuka ke dalam rumah setiap umat, sedangkan ajaran Syiah hanya menyusup secara sembunyian ke rumah-rumah tertentu. Maka pastinya bahaya sekularisme lebih besar.

3) Sekularisme menggunakan jentera dan propaganda kerajaan, sedangkan Syiah masih konvensional propagandanya. Mana lebih bahaya?

4) Umat Islam sering tertipu dan memaafkan sekularisme, manakala mereka begitu sensitif dengan Syiah. Justeru kita tumpukan lebih pada yang dilalaikan umat.

Saya sedang MENULIS di sini mengenai ajaran Syiah dan sekularisme. Saya tidak lagi menghukum orang Syiah dan orang sekular.

Hukum berjalan mengikut tata cara fiqh yang harmoni. Jangan kita segera menghukum 'sekali sapu' saja aa..

*dicopy dan paste dari status FB Ustaz Nik Mohamad Abduh

Jul 11, 2012

Motivasi Iman 3.0


" Dimanakah taraf IMAN kita apabila penjara dan penguasa

lebih kita takutkan berbanding ALLAH TAALA dalam

menyuarakan kebenaran "



sama-sama kita INSAF.

Jul 9, 2012

Membeli-Belah Buku



Alhamdulillah, setelah memecut dari Perak dalam keadaan hampir tiada diriku dialam fana ini, dapat jugak aku beli buku-buku yang aku nak di Pesta Buku Selangor 2012 yang bertempat di Shah Alam Convention Center. Namun, satu buku berkisahkan seorang mujahid agung yang sangat aku kagumi iaitu Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor. Aku target nak beli 3 buku jer....tapi ketiadaan buku yang mengisahkan ustaz Fadzil Noor itu telah mentakdirkan aku meningkatkan hasil belian kepada 4 buah buku.

Ok, ni adalah buku yang aku dah plan untuk beli. Pada mulanya aku nak tempah kat saudari Nurshila Sulaiman jer. Tapi bila pikirkan balik, baik aku pi beli sendiri dan alang-alang aku boleh balik kampung sekali. Hikmah yang aku dapat bila pegi beli sendiri ni ialah aku dapat tawar harga setawar-tawarnya.



ni adalah buku yang aku x dapat nak beli. stok taraakkkk!!!

alhamdulillah...=)

alhamdulillah....=)


2 buku lagi ni aku beli dengan hanya sekilas pandang. Memikirkan "my wallet is like onion", aku cadang nak beli salah satu je, tapi aku redah je tatkala memikirkan manfaatnya.



alhamdulillah....=)

alhamdulillah....=)......ok, sila senyap dan jangan komen apa2 terhadap pembelian buku ini. Kalau nak pinjam bagitau jer.

Hurm, purata masa yang aku habiskan untuk mendapatkan ke empat-empat buku ini adalah x sampai setengah jam pun.

Aku masuk, cari booth, aku amik buku, belek-belek, confirm beli, aku bayar, aku blah.

Cuma nak cari booth Jundi Resources tu yang payah sikit.
Jutaan terima-kasih buat saudari Nurshila Sulaiman.

Semoga buku-buku ini meberi 1001 satu manfaat buat diri ini yang jahil.
Wassalam.

Jul 7, 2012

Motivasi Cinta 2.0

" Lebihkan

MENJADI

Daripada

MENCARI "

_Ustazah Fatimah Syarha_



Motivasi Iman 2.0



Bilamana Allah masih memanjangkan umur kita sedangkan kita dalam keadaan membuat pelbagai khilaf dan dosa,

Sedarlah bahawa Allah masih sayangkan kita.

Jadi mengapa harus kita mensia-siakan kasih sayangnya??



Tepuk Dada, Tanya Iman.....=)

Berdakwahlah


Dari Abu Hurairah, ia berkata; Rasulullah bersabda, “Islam bermula dalam keadaan asing, dan akan kembali terasing seperti semula, maka beruntunglah orang-orang yang terasing”

Dalam mengharungi dunia akhir zaman nih, sememangnya "awkward moment" apabila bercakap tentang Islam dalam kelompok manusia yang pelbagai yang kita tidak mengetahui bagaimanakah fikrah mereka. Tapi bagi aku, hal itu tidaklah boleh dijadikan alasan untuk dakwah ini terhenti atau terbatas. Untuk mereka sama ada mahu menerima atau menolak dakwah itu, serahkan sahaja segalanya pada Allah Taala kerana hanya dia yang maha mampu memberi hidayah kepada sesiapa pun yang dikehendakinya. Semoga kita turut dikurniakan hidayah Allah kita. Yang penting kita sebagai khalifah Allah dan juga daie' bagi agama Allah yang syumul ini seharusnya jangan berputus asa terhadap kerja dakwah ini. Sebarkanlah ia seluas-luasnya kerana dakwah islamiyah ini bukan hanya untuk mereka-mereka yang sudah mengenal islam itu apa bahkan ianya melangkaui segala jenis sempadan.

Untuk diri aku sendiri, aku sedar aku ni bukanlah insan yang cukup baik untuk menyampaikan perkara yang baik-baik. Tetapi, bila dikenangkan kembali kata-kata Imam Al-Ghazali, kalau nak tunggu semua orang jadi baik, tidak akan ada dakwah diatas muka bumi ini.
Kata-kata inilah yang sentiasa meneguhkan kekuatan dalam diri aku untuk menyampaikan apa sahaja selagi mana ianya baik untuk aku terutamanya dan seluruh umat manusia amnya.
Biarkan sahaja tohmahan masyarakat kerana kita harus yakin rahmat Allah itu sentiasa ada.

Insya Allah.



Perjuangan Itu Pahit kerana Syurga Itu Manis

Optimis



Memang manusia BENCI....

Tapi Allah suka taw.....



hahahaha.....gi mampos la korg nak cakap apa. yang penting aku OK.


way of PREJUDISM.

Jul 3, 2012

Motivasi Iman 1.0


Andai keyakinan kita teguh bahawa Allah Taala itu ada,

Mengapa perlu kita takut kepada selain daripada-Nya...??



Strengthen your faith my broS and siS'~~