Temanku,
Allah menciptakan manusia sama,
Dengan sebaik-baik kejadian,
Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,
Ada yg lalai dgn angan-angan,
Ada yg tekun berusaha,
Tentu nasib mereka berlainan,
Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,
Kelalaian dibalas kegagalan,
Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,
Kau diberi peluang membuat pilihan,
Kau jua yg tanggung natijahnya.
'Sesungguhnya kami menciptakan manusia itu dgn sebaik-baik kejadian' (at-tin:4)
Sedarlah temanku,
Kita musafir dunia,
Kita akan pulang kepada-Nya,
Hidup di dunia akan ditanya,
Adakah diisi dgn sebaiknya,
Atau keseronokan semata-mata?
Mahukan kita hidup terhina?
Tanpa ilmu sbgi bekalannya?
Kelak di sana rendah darjatnya.
'Allah akan mengangkat org beriman di atr kamu dan org berilmu beberapa darjat' (mujadilah:11)
Temanku,
Renungilah sebiji cawan,
Jika tidak dituang air,
Molekul udara memenuhinya,
Begitu jua diri kita,
Jika tidak diisi iman,
Masuklah syaitan bermaharajalela,
Diri kita perlu pengisian,
Dgn ilmu dan agama,
Agar hidup dekat dgn-Nya,
Barulah hatimu tenang bahagia.
Ketahuilah temanku,
Kemulian manusia bukan pada luaran,
Tapi pada hati yg takutkan Tuhan,
Oleh itu, tekadkanlah keyakinan,
Kau ummat pilihan,
Jelaskan visi perjalanan,
Jadikan ilmu sbgi bekalan,
Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,
Ketinggian seseorang kerana iman.
'janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, padahal kamulah org-org yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org beriman' (al-imran:139)
No comments:
Post a Comment