Jun 23, 2011

Cuti 4 Bulan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, cuti selama 4 bulan kali ni menandakan berakhirnya 2 tahun pertama perjalanan ku dalam usaha menjadi seorang Sarjana Muda dalam bidang senibina. Sepanjang perjalanan ini, pelbagai kenangan manis, pahit, suka dan duka yang telah aku lalui bersama-sama rakan seperjuangan, senior, junior, pensyarah dan orang-orang disekeliling. Dihentam semasa pembentangan subjek Design sudah mampu aku terimanya dengan perasaan yang positif. Bagi aku, semuanya itu adalah salah satu proses belajar dimana aku dilatih untuk memperkembangkan idea-idea serta kefahaman terhadap ilmu seni bina. Manakala, untuk result akhir semester nih...walaupun menurun, aku masih bersyukur dengan apa yang aku dapat.
(janji atas 3.00....hehe)

Cuti yang bagi aku terlalu panjang selama 4 bulan ini tidak membuatkan aku terasa untuk bekerja. Hal ini kerana, aku nak "membusykan" diri untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar terutamanya Program Lepasan SPM yang akan dikelolakan oleh batch aku masa sekolah dulu. Kerana program ni juga aku terpaksa membatalkan penyertaanku secara penuh dalam persiapan kontinjen UiTM Perak untuk Bengkel Seni Bina di UTM Skudai sebab aku dan juga sahabat-sahabat lain perlu mengetengahkan idea-idea dasar bagi Program Lepasan SPM nih. Namun begitu, aku still tak melepaskan peluang untuk menghadiri workshop nih selama seminggu di UTM.
Selain 2 program nih, aku turut akan menghadiri ARCHIDEX dan Architectural Exhibition kat UIA. Tidak ketinggalan Perhimpunan Bersih 2.0 yang bagi aku wjib untuk aku sertai dalam usaha untuk memperbetulkan sistem pemerintahan dalam negara aku yang tercinta nih.....=D

So, bagi membolehkan aku menghadiri program-program nih, aku memutuskan untuk tidak bekerja sebab aku memerlukan cuti yang banyak kalau aku bekerja. Suka hati lah orang nak kata aku ni pemalas ke, tak berguna ke...yang penting aku puas hati dengan apa yang aku buat. Bila lagi beb nak join benda-benda ni kalau bukan diusia muda nih.

Alhamdulillah...setakat ni je la posting aku untuk kali setelah lama mengabaikan blog ni tanpa sebarang perkongsian. Jumpa lagi pada posting yang akan datang yang ntah bila...hehe...wassalam.

*harap maaf...posting kali ini xdak gambor...x tawu nak letak gambor hape....=D


No comments:

Post a Comment