Jun 26, 2011

Ma ma'na BERSIH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

"Kebersihan adalah sebahagian dari iman". Sedap hadis yang dituturkan oleh junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini menunjukkan Islam mengambil berat setiap perkara dalam kehidupan tanpa meninggalkan walau sedikit pun. Namun begitu, post kali bukannya aku nak berbicara tentang bersih menurut perspektif Islam nih. Sebaliknya aku posting kali nih lebih kepada perkongsian tentang Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur. Yela, sebab sekarang ni, perkara ni lah perkara paling kontroversi yang berlaku dalam negara kita tercinta nih. Ada yang memandang perkara dalam pelbagai cara sama ada positif atau negatif. Namun begitu, bak kata sahabat aku, Muli, tidak ada sebab untuk kita menjadi yang ditengah-tengah sebab perkara ni melibatkan soal pentadbiran dan pengurusan negara.

Ok, ni aku nak share dulu kat korang tentang apa itu bersih dan sejarah pembentukan dia. Yang ni pun aku ambik dari website bersih ni jugak. Kalau korang nak lebih detail klik disini

Pengenalan

BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Formulasi Kenyataan Bersama

Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.

Jawatankuasa Induk BERSIH

Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

Pelancaran BERSIH

BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.



Sekian saja post aku kali nih...pandai-pandai la korang fikir mana baik mana betul. Wassalam.

*Bersih lawannya Kotor...so, sape yg x sokong bersih, dia tu........^_^~

No comments:

Post a Comment