Jun 26, 2011

Ma ma'na BERSIH

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

"Kebersihan adalah sebahagian dari iman". Sedap hadis yang dituturkan oleh junjungan besar nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Hal ini menunjukkan Islam mengambil berat setiap perkara dalam kehidupan tanpa meninggalkan walau sedikit pun. Namun begitu, post kali bukannya aku nak berbicara tentang bersih menurut perspektif Islam nih. Sebaliknya aku posting kali nih lebih kepada perkongsian tentang Perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur. Yela, sebab sekarang ni, perkara ni lah perkara paling kontroversi yang berlaku dalam negara kita tercinta nih. Ada yang memandang perkara dalam pelbagai cara sama ada positif atau negatif. Namun begitu, bak kata sahabat aku, Muli, tidak ada sebab untuk kita menjadi yang ditengah-tengah sebab perkara ni melibatkan soal pentadbiran dan pengurusan negara.

Ok, ni aku nak share dulu kat korang tentang apa itu bersih dan sejarah pembentukan dia. Yang ni pun aku ambik dari website bersih ni jugak. Kalau korang nak lebih detail klik disini

Pengenalan

BERSIH bermula dengan penubuhan sebuah Jawatankuasa Bertindak Bersama bagi reformasi sistem pilihanraya pada Julai 2005. Objektif gabungan yang ditubuhkan ialah untuk mendesak sebuah reformasi dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Formulasi Kenyataan Bersama

Kenyataan Bersama dikeluarkan ekoran ‘Bengkel Reformasi Pilihanraya’ yang diadakan di Kuala Lumpur pada September 2006. Kenyataan Bersama menyatakan objektif-objektif jangka panjang dan tuntutan-tuntutan segera (jangka pendek) sebagai matlamat gabungan ini.

Jawatankuasa Induk BERSIH

Jawatankuasa terdiri daripada ahli-ahli dari parti politik dan wakil-wakil dari pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI).

Pelancaran BERSIH

BERSIH dilancarkan secara rasminya pada 23 November 2006 di Parlimen Malaysia. Ia dihadiri oleh pemimpin-pemimpin parti politik, kumpulan masyarakat dan NGO, termasuk Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail; Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Publisiti Pusat dan Ahli Parlimen Seputeh, TereseKok; Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Setiausaha Agung PSM, S. Arutchelvan; Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud; Pengarah Eksekutif WDC, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif SUARAM, Yap Swee Seng.



Sekian saja post aku kali nih...pandai-pandai la korang fikir mana baik mana betul. Wassalam.

*Bersih lawannya Kotor...so, sape yg x sokong bersih, dia tu........^_^~

Jun 24, 2011

Warisan Perjuangan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Perjuangan mereka-mereka ini sangat aku kagumi. Merekalah pewaris nabi dimana kehidupan mereka hanyalah untuk Islam. Semoga Allah memberkati usia perjuangan insan-insan mulia ini.



As-Syahid Imam Hasan Al-Banna
Pengasan Ikhwan Muslimin

Syeikh Yusuh Al-Qaradhawi
Ketua Ulama' Sedunia

Allahyarham Ustaz Fadzil Noor
Bekas Presiden Pas

Tuan Guru Nik Aziz
Mursyidul Am Pas

“Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.”
[Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]



*tinta ini masih milik penulis yang sentiasa dahagakan hidayah-Nya dalam usaha penyucian dosa dan pencarian tujuan sebenar penciptaan diri ini. Semoga Allah memberkati perjalanan ini. Wassalam.

Jun 23, 2011

Tekad Diri Ini


...aku tidak mahu digelar remaja yang hidupnya hanya begelumang dengan buku-buku
semata-mata...walau diri sentiasa diulit dosa dan kesibukan duniawi...fitrah diriku masih menuntut untuk mengenal siapa diri ini, tujuan penciptaan diri ini dan yang paling penting
mengenal Sang Pencipta diri ini....semoga perjalanan diri ini sentiasa diberkati...
.


Demi Ilmu dan Kesedaran

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Berikut merupakan event-event yang berlangsung selama 4 bulan aku bercuti sama ada yang telah atau akan aku sertai...insyaAllah.



12th - 17th of June, 2011 (done)






Alhamdulillah....ni je la buat masa nih..semoga setiap langkahku diberkati dan dipermudahkanNya...~~=D

*mintak maaf kalau Bersih 2.0 tu x menyenangkan korg....aku sertainya atas kesedaran aku sendiri~.

Cuti 4 Bulan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, cuti selama 4 bulan kali ni menandakan berakhirnya 2 tahun pertama perjalanan ku dalam usaha menjadi seorang Sarjana Muda dalam bidang senibina. Sepanjang perjalanan ini, pelbagai kenangan manis, pahit, suka dan duka yang telah aku lalui bersama-sama rakan seperjuangan, senior, junior, pensyarah dan orang-orang disekeliling. Dihentam semasa pembentangan subjek Design sudah mampu aku terimanya dengan perasaan yang positif. Bagi aku, semuanya itu adalah salah satu proses belajar dimana aku dilatih untuk memperkembangkan idea-idea serta kefahaman terhadap ilmu seni bina. Manakala, untuk result akhir semester nih...walaupun menurun, aku masih bersyukur dengan apa yang aku dapat.
(janji atas 3.00....hehe)

Cuti yang bagi aku terlalu panjang selama 4 bulan ini tidak membuatkan aku terasa untuk bekerja. Hal ini kerana, aku nak "membusykan" diri untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar terutamanya Program Lepasan SPM yang akan dikelolakan oleh batch aku masa sekolah dulu. Kerana program ni juga aku terpaksa membatalkan penyertaanku secara penuh dalam persiapan kontinjen UiTM Perak untuk Bengkel Seni Bina di UTM Skudai sebab aku dan juga sahabat-sahabat lain perlu mengetengahkan idea-idea dasar bagi Program Lepasan SPM nih. Namun begitu, aku still tak melepaskan peluang untuk menghadiri workshop nih selama seminggu di UTM.
Selain 2 program nih, aku turut akan menghadiri ARCHIDEX dan Architectural Exhibition kat UIA. Tidak ketinggalan Perhimpunan Bersih 2.0 yang bagi aku wjib untuk aku sertai dalam usaha untuk memperbetulkan sistem pemerintahan dalam negara aku yang tercinta nih.....=D

So, bagi membolehkan aku menghadiri program-program nih, aku memutuskan untuk tidak bekerja sebab aku memerlukan cuti yang banyak kalau aku bekerja. Suka hati lah orang nak kata aku ni pemalas ke, tak berguna ke...yang penting aku puas hati dengan apa yang aku buat. Bila lagi beb nak join benda-benda ni kalau bukan diusia muda nih.

Alhamdulillah...setakat ni je la posting aku untuk kali setelah lama mengabaikan blog ni tanpa sebarang perkongsian. Jumpa lagi pada posting yang akan datang yang ntah bila...hehe...wassalam.

*harap maaf...posting kali ini xdak gambor...x tawu nak letak gambor hape....=D


Jun 22, 2011

Tautan Hati

Temanku,

Allah menciptakan manusia sama,

Dengan sebaik-baik kejadian,

Cuma amalan manusia itu berbeza-beza,

Ada yg lalai dgn angan-angan,

Ada yg tekun berusaha,

Tentu nasib mereka berlainan,

Kerana Allah Maha Adil sifat-Nya,

Kelalaian dibalas kegagalan,

Kerajinan dibalas kejayaan dan pahala,

Kau diberi peluang membuat pilihan,

Kau jua yg tanggung natijahnya.

'Sesungguhnya kami menciptakan manusia itu dgn sebaik-baik kejadian' (at-tin:4)

Sedarlah temanku,

Kita musafir dunia,

Kita akan pulang kepada-Nya,

Hidup di dunia akan ditanya,

Adakah diisi dgn sebaiknya,

Atau keseronokan semata-mata?

Mahukan kita hidup terhina?

Tanpa ilmu sbgi bekalannya?

Kelak di sana rendah darjatnya.

'Allah akan mengangkat org beriman di atr kamu dan org berilmu beberapa darjat' (mujadilah:11)

Temanku,

Renungilah sebiji cawan,

Jika tidak dituang air,

Molekul udara memenuhinya,

Begitu jua diri kita,

Jika tidak diisi iman,

Masuklah syaitan bermaharajalela,

Diri kita perlu pengisian,

Dgn ilmu dan agama,

Agar hidup dekat dgn-Nya,

Barulah hatimu tenang bahagia.

Ketahuilah temanku,

Kemulian manusia bukan pada luaran,

Tapi pada hati yg takutkan Tuhan,

Oleh itu, tekadkanlah keyakinan,

Kau ummat pilihan,

Jelaskan visi perjalanan,

Jadikan ilmu sbgi bekalan,

Sedarlah kita pemikul amanah Tuhan,

Ketinggian seseorang kerana iman.

'janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, padahal kamulah org-org yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org beriman' (al-imran:139)

Jun 9, 2011

Sedikit Bicara Hati

Dalam keindahan tipu daya duniawi
Aku terperangkap seorang diri
Aku leka
Leka dengan kehendak nurani

Masih lagi teringat
Saat para ikhwah sentiasa disisi
Doa dan nasihat sentiasa diberi
Yang sangat susah untuk aku miliki

Usrah dan tadabbur
Sesuatu yang bukan asing bagi kami
Ziarah dan rehlah
Penyatu hati kami

Tika ini
Tatkala dosa sentiasa membelenggu diri
Aku masih mengharap kasih Mu Ilahi


Ya Allah
Kau terangilah hati ku ini
Kau kuatlah imanku dalam perjalanan ini
Demi menagih secebis kasih Ilahi







Abdul Qayyum Bin Mazelan
Exco Kesenian
Semashur Islamic Society
Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
2004-2008

SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERJALANAN INI