Aug 9, 2011

Oh Negaraku

Assalamualaikum w.b.a dan Selamat Sejahtera

Tidak mahu menulis panjang, post kali sekadar ingin melempiaskan kekesalan dan kesedihan angkara kebobrokan SPR terhadap sistem pilihanraya di negaraku tercinta ini. Terima kasih kepada pihak-pihak yang mendedahkan isu ini agar rakyat bawahan seperti aku ini tidak akan lagi diperbodohkan sewenang-wenangnya. Kecuali bagi mereka yang ingin diperbodohkan dan kelihatan bodoh, teruskan lah niat "suci murni" anda itu untuk menyokong kepimpinan korup bangsawan-bangsawan UMNO dan Barisan Nasional.

Terpulang la korg nak pikir camne kepala otak aku ni berfikir. Aku sekadar mengambil tahu apa yang terjadi disekeliling aku dan aku mengambilnya sebagai satu tanggungjawab sebab ianya merupakan isu yang berkaitan dengan umat. Dan jika difikir lagi jauh, ianya akan memberi kesan kepada generasi akan datang. Korang akan berfikir macam mana aku fikir jika korang banyak baca media-media alternatif. Kalau setakat baca berita harian dan utusan termasuklah TV3, memang korangg tak dapatlah berita-berita yang sohih selain fitnah dan putar belit fakta. Memang orang kata, dengar kedua-dua belah pihak dulu sebelum buat keputusan, tapi kalau ko dah berkali-kali ditipu oleh satu pihak tu, ko nak percaya lagi ke??? Isu BERSIH sudah cukup untuk membuatkan kebencian aku terhadap UMNO dan Barisan Nasional terzahir. Korang paham-paham la sendiri kenapa sebab aku yakin isu bersih ni penyebaran beritanya sama ada sebelum berlaku dan selepas berlaku amatlah meluas. Belum lagi aku nak cerita pasal isu-isu lain. Cukup bengang kalau nak diceritakan.

InsyaAllah itu sahaja buat masa ni. Semoga setiap langkah yang dimulakan dalam hidup ini diiringi hidayah dan kasih sayang Allah.

Sekian......Wassalam.

*bicara rakyat prihatin.

2 comments:

  1. walau sebenci mana kita terhadap sesuatu itu, kebaikan yang pernah dibuat oleh sesuatu itu ada baiknya kita ingat2lah.

    matlamat perjuangan hidup bukan untuk menjatuhkan sesuatu itu, tetapi untuk menegakkan kembali daulah Islamiah dengan niat mencapai mardhotillah.


    ^^...[stuju tang SPR tuh, memang sangat hampes, masyarakat kena buka minda dan kaji, bukan dok makan suap apa yang media massa utama sampaikan.

    mungkin sebab masyarakat m'sia nih dah didik 'berbudi bahasa, budaya kita' jadi bila dengor/nampak kepincangan dalam sesuatu hal, deme dok diam sambil berkata "oh yeke? biarlah mereka yang berkenaan settlekan, kita jangan huha2 macam masyarakat yang x berbudi bahasa...

    err...'kesimpulan, 'berbudi bahasa' bior bertempat...adalah malang bagi sesiapa yang 'berbudi bahasa' sehingga kapla dipijak oleh sesuatu itu. adoi~]

    ReplyDelete
  2. tapi kebaikan tidak boleh menjadi asbab utk kita menyokong perkara mungkar....

    btw...kebanyakan kebaikan yang dicanang adalah satu tanggungjawab...yang sesiapa pun yg memerintah wajib melakukannya....~..

    Allahua'lam....=]~

    ReplyDelete