Jan 25, 2013

Soalan Buat Penyokong UMNO

Assalamualaikum. Soalan2 ini khas untuk kalian. Jawablah dengan penuh kesungguhan.
Semoga Allah memberikan taufiq dan hidayahnya buat kita semua.

1.Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Brunei berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

16. Siapakah yang memberi kerakyatan kepada warga asing?
A. PAS
B. PKR
C. UMNO


Semoga Berjaya.

Jan 18, 2013

Bolasepak, Annuar, Komando & Anak Raja Johor

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Dunia bola sepak negara ini bukan saja kontroversi dengan pertukaran pemain dari satu pasukan ke satu pasaukan menerusan perdagangan pemain, tetapi ia juga menjadi kontroversi dengan elemen-elemen lain yang setengah tidak ada kena mengena langsung dengan dunia bola sepak.
                                                         

Misalnya perpindahan pemainan bernama Mat Yo dari Kelantan ke Johor menimbulkan sedikit kegawatan, iaini perasaan marah penyokong Kelantan. Mereka tidak boleh menerima perpindahan Mat Yo itu kerana dengan ketiadaan penyerang itu mereka merasakan Kelantan tidak akan menyengat  lagi. 

Nama Mat Yo itu sendiri sudah sebati dengan budaya orang Kelantan dalam memanggil nama seseorang yang disukainya dengan sebutan pendek dan ringas. "Mat Yo", adalah nama manja dan kesayangan. Jadi bila Mat Yo ini dibeli oleh Johor dan Mat Yo pula setuju timbullah kemarahan. Penyokong Kelantan tidak bersikap profesional dalam hal ini dan mereka tidak tahu bahawa bola sepak di Malaysia hari ini bukan lagi bersifat kenegerian.

Perkara ini tidak membimbangkan kerana ia fenomena biasa. Ia seperti hujan musim banjir. Lepas banjir fobia kepada hujan akan berhenti. Demikian dengan Mat Yo (nama sebenarnya NorAzlan Talha... betul ke?) apabila Kelantan menggantinya dengan pemain lain sebagai pengganti, lama kelamaan isu Mat Yo dan rasa marah kepadanya pun akan sirna. Selebat mana hujan semua air akan mudik ke lautan.

Dalam konteks bola sepak di negara ini, kontroversi juga berlaku dalam pengurusan atau teknikal pentadbiran dalam organisasi bola itu sendiri. Contohnya apabila Presiden KAFA, Annuar Musa dikenakan hukuman gantung oleh FAM disebabkan kesalahan (yang sebenarnya boleh dialpakan), iaitu kerana memberi pandangan untuk kebaikan bola sepak Malaysia, tetapi ia dikenakan tindakan kerana bercakap melampau persatuan.


FAM tidak boleh dikritik. Status itu samalah dengan status raja-raja Melayu yang dilindungi oleh undang-undang di mana ianya tidak boleh dikritik. Raja-raja Melayu tidak boleh ditegur atau diberi pandangan (secara terbuka) kerana mereka ada imuniti. Saya sendiri pernah disoal siasat oleh polis berhari-hari kerana memberi pandangan kepada seorang sultan, walhal pandangan saya itu hakikatnya untuk memperteguh dan mensucikan institusi itu.

Demikain  dengan FAM. Bila Annuar memberi pandangan untuk kemajuan bola sepak, beliau dikenakan tindakan. Annuar dirujuk kepada perlembagaan FAM kononnya ianya manifestasi tindakan diizinkan FIFA. FIFA membenarkan tindakan diambil ke atas Annuar. Apa salahnya kalau pandangan Annuar itu diterima dengan penuh keinsafan. Tidak semua ketegasan FIFA itu perlu dituruti asalkan ia bukan percanggahan memudaratkan kemajuan bolasepak negara.

Keadaan bertambah buruk lagi, apabila kebetulan Presiden FAM ialah seorang raja yang juga memiliki imuniti-imuniti tertentu. Tetapi kalau kita faham dan mengerti imuniti raja tidak terbawa dalam apa-apa persatuan baik bola sepak, hoki atau apa-apa. Presiden atau ahli jawatankuasa yang mempunyai imuniti istimewa itu, mereka hendaklah mencampaknya di luar apabila mereka menjejak kaki ke dalam persatuan sukan atau apa-apa persatuan pun. Sukan bukan dunia feaudal.

Jangan sesekali cuba meletakkan harga diri lebih mahal dari perlembagaan.

Annuar Musa terlupa itu, atau dia sengaja dilupakan bahawa bosnya ada imuniti itu. Sebab Annuar Musa ini pun jenis anak jantan yang berani, walaupun tanpa keris. Dia mengkritik bukan saja raja FAM tetapi sultan Kelantan juga. Belum ada seorang bertaraf atau berkedudukan dalam politik di negara ini berani menabalkan anak Raja lain untuk menjadi raja. Tetapi ia berlaku dan dilakukan oleh Annuar Musa. 

Tinggal isu Mat Yo dan Annuar Musa, saya nak komen mengenai isu tebaru yang berlaku di Kelantan dua tiga hari lepas, iaini mengenai kewujudan dua tiga orang komando (anggota Gerak Khas) di dalam stadium Sultan Mohamad ke-IV sewaktu pasukan 'gedebe merah' (Kelantan) berjumnpa dengan 'samseng kuning' (Johor). Semua orang bengong melihat kehadiran komando itu di mana sebelum ini tidak pernah ditengok orang ada komando dalam stadium semasa perlawanan bola hatta melibatkan pasukan ATM sekalipun.

Walaupun perlawanan melibatkan pasukan dari ATM, namun tidak ada komando atau askar yang tegok bawa senjata. Akhir-akhir ini ATM nampaknya memberi tumpuan sepenuhnya kepada bola sepak. Khabarnya Panglima ATM pada masa kini begitu berminat dengan bola. Minat tidak minat katanya sampai dalam mesyuarat melibatkan Panglima-Panglima tentera juga hal bola turut sama dibincangkan.

Kalaulah benar maklumat ini ia sesuatu yang tidak sihat berlaku dalam ATM. Apa guna ATM memberi tumpuan kepada bola sepak. ATM adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan luar negara bukannya sukan. Apakah kerana soal keselamatan sudah terjamin maka askar boleh turun padang. Askar kena siapsiaga sepenuhnya sama ada waktu musuh ada atau pun tidak. Menteri yang jaga askar perlulah memerhati dan jangan pula beliau jadi tukang sokong.

Peruntukan diberikan kepada pasukan bola bukan sedikit. Ia melibatkan jutaan ringgit. Tidak kiralah sama ada wang itu hasil tajaan atau tidak dari peruntukan kementerian. Alangkah baiknya kalau wang yang banyak itu digunakan untuk kebajikan anggota yang memerlukan. Lagi pun yang menyertai pasukan ATM itu bukannya 100% anggota tentara?

Saya hairan mengenai perkara ini. Apakah pasukan tentera negara lain juga memiliki team bola sepak yang hebat. Ataupun ada rancangan untuk mengadakan liga merebut piala panglima tentera di peringkat dunia. Atau Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersatu sudah membuat satu polisi baru kekuatan sesebuah negara itu mestilah berdasarkan kepada kekuatan pasukan bola sepak? Hamlau...

Kembali semula kepada isu komando di stadium Sultan Mohamad ke IV. Kata anak raja Johor, kehadiran itu bukan atas arahannya. Ia menafikan anggota itu adalah dari pasukan TSN. Ia adalah atas arahan ketua gerak khas. Kononya bila beliau nak turun ke Kelantan, ketua gerak khas meghantarkan anggota mereka ke stadium. Soalnya untuk apa, tentulah untuk jaga keselamatan anak raja Johor itu. Tidak mungkin untuk jadi refree atau pun penjaga garisan sebab FAM dah hantar pengadilnya sendiri.

Bila untuk jaga keselamatan, ia menimbulkan persoalan apakah keselamatan untuk anak raja Johor itu tidak terjamin di Kelantan? Bukankah setiap kali diadakan perlawanan bola sepak,  polis mengerakkan pasukannya untuk mengawal keadaan stadium? Seburuk-buruk bola sepak di Kelantan belum ada penononton dan pemain mati kerana dibunuh atau dibom. Orang Kelantan masih waras dan belum gila semuanya.

Isu kewujudan komnado itu baik atas arahan sesiapa tidak boleh dipandang ringan. Baik KAFA dan FAM kena mengambil berat perkara itu. Perkara paling utamanya apakah wajar kehadiran komnado yang lengkap berbedil bedal begitu? Jika ianya bertentangan dengan semangat sukan bola sepak, pihak yang membawanya hendak diambil tindakan.

Katanya Setiausaha Agung FAM (tak tahu nama) kewujudan komnado itu ada prosuder biasa. Biasa apa... biasa kerana kehadiran anak raja Johor. Kebiasaan disebabkan kehadiran komando itu sebagai pakaian anak raja Johor itu, ia tidak boleh dibenarkan didalam bola sepak. FAM kena keluarkan syarat-syarat khas kepada Pengurus Pasukan Johor Takzim itu. Beritahu kepadanya di dalam peraturan FAM, askar atau komando atau askar persendirian tidak boleh dibawa masuk. Mungkin beliau tidak mengerti peraturan ataustandard ini. Maklumlah sajalah anak raja banyak perkara yang mudah tetapi tidak dihafalnya.

Mungkin anak raja Johor tidak mengetahui hal ini. Makanya FAM kena berani melaksanakan peraturan. Jangan lihat apakah dia seorang anak raja atau siapa, di dalam hal ini peraturan atau undang-undang standard yang diturunkan oleh FIFA hendaklah dipatuhi. Saya sangat berharap insiden berkenaan dibawa kepengetahuan FIFA kerana FAM bernaungan dibawah FIFA.  Sekiranya FAM malu untuk sampaikan kepada FIFA, FAM sebagai badan bernaungan boleh melakukannya.

Kalau tindakan ke atas Annuar Musa kerana mengambil semangat FIFA, kenapa soal komando itu tidak boleh dirujuk kepada FIFA? Tampar baru tahu? Mat.. Mat mana lagi..Mat Maslanlah..... bila nak pelawa minum tea? [wm.kl.4:04 pm 18/01/13]


sumber : http://msomelayu.blogspot.com

Jan 14, 2013

Perbahasan Rasulullah (SAW) dan Suhail Bin Amr, Wakil Quraisy Semasa Perjanjian Hudaibiyah

Ikuti di sini petikan dari buku Fiqhus Sirah karangan Muhammad Al-Ghazali berhubung peristiwa perjanjian Hudaibiyah. Suhail Bin Amr telah dilantik kaum Quraisy untuk mewakili mereka dalam perundingan dengan Rasulullah (SAW) dan apabila perjanjian itu hendak ditulis, satu perbahasan telah berlaku di antara Suhail dan Rasulullah seperti berikut:

Rasulullah (SAW) kemudian memanggil Ali Bin Abi Talib (KW). Kepada beliau Baginda memerintahkan: “Tulislah; Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim….!” Suhail membantah “ Aku tidak mengerti apa ertinya itu! Tulis sahajalah: BismikaLlahumma (Dengan nama Mu Ya Allah)!” Rasulullah berkata kepada Ali: “Tulislah BismikaLlahumma!” Ali lalu menulis kalimat itu.

Rasulullah (SAW) berkata lagi pada Ali: “Tulislah; Inilah Perjanjian Perdamaian yang dibuat oleh Muhammad Rasulullah dengan Suhail Bin Amr”. Suhail menolak dan berkata: “ Kalau aku mengakui anda Rasulullah, tentu anda tidak kami perangi. Tulis sahaja nama anda dan nama ayah anda”. Rasulullah memerintah Ali supaya menuliskan: “Inilah Perjanjian Perdamaian yang dibuat oleh Muhammad bin Abdullah dengan Suhail Bin Amr”.

Petikan ini adalah dari muka surat 557 kitab berkenaan.

Saya memetik kisah perbahasan ini, yang boleh dibaca dalam beberapa kitab-kitab Seerah Rasulullah (SAW), untuk memperlihatkan bagaimana penggunaan kalimah Allah oleh kafir musyrik merupakan suatu kebiasaan pada zaman Rasulullah (SAW). Akan tetapi, pada masa yang sama, walaupun mereka menggunanya, mereka tidak memahami siapa sebenar Allah. Ini jelas terbukti dalam isu penolakan oleh Suhail ungkapan ‘Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim’. Ini adalah kerana sifat ‘Ar-Rahman dan Ar-Rahim’ tidak diketahui masyarakat Jahiliyah keEsaan dan sifat-sifat Allah serta Asma ul HusnaNya. Dalam proses dakwah, sambil masyarakat jahilliyah berpegang kepada segala kesesatan mereka berhubung Allah, Rasulullah (SAW) memperjelaskannya persoalan-persoalan ini satu per satu. Sehingga aspek keEsaan Allah dan keTauhidanNya serta sifat-sifatNya menjadi jelas dan nyata, khususnya melalui kalimah “La ilaha ila Llah”.

Dalam penolakan kedua pula, Suhail menjelaskan bahawa sebab mengapa kaum Quraisy memerangi Rasulullah ialah kerana mereka menolak keRasulannya. Mereka percaya kepada Allah, walaupun dengan segala kekeliruannya, dan mereka tidak akan memerangi Rasulullah sekiranya mereka yakin Baginda adalah seorang Rasul yang diutus Allah! Ini sebenarnya adalah sebab mengapa kunci keimanan kepada Allah dan penerimaan Islam mesti juga dengan ucapan “Muhammad Rasulullah”.

Oleh itu, sebagai orang Islam kita mesti memahami bahawa yang membezakan kita dengan orang bukan Islam adalah dua perkara. Yang pertama adalah kefahaman kita terhadap siapa itu Allah, keEsaanNya dan sifat-sifatNya seperti Ar-Rahman dan Ar-Rahim dan kefahaman ini adalah berbeza dengan kefahaman agama-agam lain. Ada agama lain yang menganggap Allah ada anak. Ada yang menganggap Allah zalim dan mengutamakan hanya bangsa mereka sahaja. Ada agama yang menganggap Allah lemah, tidak mengetahui segala-galanya dan sebagainya. Maka walaupun penganut agama lain mungkin sebut juga ‘Allah’, seperti si Suhail Bin Amr, tetapi mereka tidak mengenali Allah sebenarnya.

Kedua, kita mesti juga memahami bahawa yang membezakan kita dengan orang bukan Islam adalah penerimaan kita terhadap keRasulan Rasulullah (SAW). Maka, sekiranya ada yang menyebut nama Allah berkali-kali, seperti Suhail, dan menegaskan kepatuhannya kepada Allah, seperti juga Suhail apabila beliau mengatakan tidak akan memerangi Rasulullah sekira beliau yakin Baginda adalah Rasulullah, namun mereka tetap bukan Islam sehingga menerima keRasulan Muhammad (SAW). Inilah yang dikatakan sebagai‘Syahadatain’ atau ‘Dua kalimah syahadah’ yang membezakan Islam dan bukan Islam.

Sekiranya kita memahami ini semua, maka penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh mana-mana pihak tidak akan mengelirukan kita. Sekiranya kita tidak faham ini semua, maka bagaimana kita boleh dianggap Muslim? Tidakkah seorang Muslim semestinya memahami keEsaan Allah dan bahawa Muhammad adalah RasulNya? Sekiranya seseorang Muslim tidak memahami ini, ini bermakna samada dia tidak pernah mengucap dua kalimah syahadah atau sekiranya dia mengucapnya sekalipun, dia tidak memahaminya. Maka keadaannya adalah lebih kurang seperti Suhail dan amat malanglah kita sekiranya selepas 55 tahun Merdeka ummat Islam tidak memahami ini semua.

Yang menjadi pelik ialah hakikat bahawa yang kelihatan ‘bersungguh mempertahankan’ kalimah Allah ini adalah mereka yang berkuasa selama 55 tahun dan bertanggung-jawab ke atas kejahilan yang menimpa ummat Islam selama ini! Ada pula yang berkata “mereka ini ‘pertahan’ kalimah Allah tapi langgar semua perintah Allah!”

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

sumber : http://www.khalidsamad.com/2013/01/perbahasan-rasulullah-saw-dan-suhail.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KhalidSamad+%28Khalid+Samad%29&utm_content=FaceBook

Lafaz Allah: Umno tidak mampu tunai amanah



Amanah terbesar dalam Islam ialah memerintah negara, di mana UMNO telah diberi kepercayaan sejak lebih lima puluh tahun mencapai kemerdekaan sehingga kini, bagi memimpinkerajaan bagi pihak melayu beragama Islam dalam BN, dahulunya Perikatan.

Islam telah diterima oleh semua kaum menjadi agama negara dengan hak yang adil kepada penganut berbagai agama dalam konsep persefahaman sempadan saling mengerti dalam perkara yang berbeza.

Islam wajib diperkasakan sehingga mengatasi yang lain dengan pendekatan yang bijak dan amalan yang istiqamah dan adil terhadap semua, kerana Islam adalah rahmat kepada seluruh alam, bukan dengan paksaan dan ugutan kosong.

Apabila tercetusnya isu kitab Injil diterjemahkan dalam Bahasa Melayu, dengan menterjemahkan perkataan God atau Lord atau Tuhan dengan perkataan Allah, UMNO telah gagal bertanggungjawab dengan betul sebagai pihak yang berada di kerusi kekuasaan kerajaan.

Media arus perdana kepunyaan UMNO dijadikan medan perbincangan (tempat bermuzakarah) dalam perkara yang besar ini sehingga melibatkan semua orang, termasuk yang buta ilmu Islam dan hurufnya, setelah hurufnya dihapuskan oleh UMNO.

Padahal urusan kebenaran menerbit buku dan pengedarannya adalah urusan Kementerian Dalam Negeri.

Dalam urusan yang berkait dengan Agama Islam, ianya perlu mendapat nasihat dan kelulusan pihak berkuasa Hal Ehwal Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri atau Majlis Agama Islam di Negeri – Negeri, di mana keseluruhannya berada di bawah UMNO yang menjadi parti Melayu Islam yang memerintah.

Portfolio kementerian ini di perkuatkan dengan seorang menteri di peringkat Pusat atau exco agama di peringkat negeri.

Mengapa UMNO menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah UMNO yang memerintah?.

Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihanraya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?

PAS tampil dengan ilmu Islam dan adabnya. Sebagaimana dalam kenyataan media saya pada 8 Januari 2013 lalu, intipati perkara dua dalam kenyataan media itu adalah jelas dan sangat mudah difahami (hanya yang berniat jahat sahaja tidak membacanya), bahawa kalimah Allah yang Maha Suci dan Mulia, tidak mampu diterjemahkan ke dalam apa-apa perkataan daripada bahasa yang lain, termasuk Bahasa Arab sendiri dengan perkataan yang lain daripada perkataan Allah, kerana tidak ada satu kalimah yang sama erti dengannya.

Lebih jauh lagi, perkataan ber Bahasa Melayu atau apa sahaja bahasa di kalangan bangsa yang menganut agama Islam, sehingga semua bangsa penganut Islam tidak menterjemahkan kalimah “Allah” ke dalam bahasa lidah masing-masing atau bahasa sendiri.

Begitulah juga perkataan Tuhan dalam Bahasa Melayu, God dan Lord dalam bahasa penganut agama Kristian paling ramai, tidak boleh diterjemahkan dengan perkataan Allah, kerana tidak mencapai maksudnya. Firman Allah menjelaskan makna Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat ; "Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa dengan Nya".

Mengikut bahasanya perkataan God dan Lord ada plural, male dan female (God, Gods, Goddess, Lord, Lords) dan begitulah juga perkataan Tuhan dalam bahasa lain.

Adapun perkataan Allah adalah Maha Esa seperti dinyatakan dalam surah al-Ikhlas adalah huraian mengikut bahasa al-Quran, sehingga semua nama-nama Allah (Al Asma Al Husna) termasuk dalam nama tunggal Allah.

Maka pihak bukan Islam tidak boleh mengelirukan kalangan penganut Islam apabila menggunakan kalimah Allah (intipati perkara tiga dalam kenyataan media 8 Januari 2013). Bahkan menafsirkan perkataan ar-Rahman pun boleh merendahkan maknanya sehingga laksana maki hamun terhadap Allah. Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) ar-Rahman, mempunyai anak.". Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara Yang besar salahnya !. Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) ar-Rahman mempunyai anak. Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, Bahawa ia mempunyai anak. Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi melainkan ia akan datang kepada (Allah) Ar-Rahman, sebagai hamba. Demi sesungguhnya! Allah telah mengira mereka (dengan pengetahuanNya) serta menghitung mereka satu persatu. Dan mereka masing masing akan datang mengadapnya pada hari kiamat dengan seorang diri.

Begitulah seriusnya kesan apabila kalimah Allah disalahgunakan di hadapan penganut Islam dan Umat Islam wajib mempertahankan aqidah penganutnya, maka penyalahgunaan kalimah Allah dalam masyarakat Islam adalah dilarang . Ada pun kuasa dari segi perundangan berada di tangan parti yang memerintah, bukannya PAS.

Al-Quran juga melarang penganut Islam memaki tuhan yang dipercayai oleh penganut agama lain sehingga menimbulkan ketegangan yang menghina Allah.
Firman Allah :

Yang maksudnya : Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Ada pun penggunaan kalimah Allah oleh penganut bukan Islam dalam urusan agama mereka atau sesama mereka atau dalam penggunaan bersama yang tidak menimbulkan kekeliruan, maka al-Quran dan Hadith mengizinkan dengan penjelasan secara lisan dan amalan (intipati perkara nombor empat dalam kenyataan media 8 Januari 2013).
Firman Allah :

Yang maksudnya : Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara Kami dengan kamu, Iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka Katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu Bahawa Sesungguhnya Kami adalah orang-orang Islam".

Rasulullah S.A.W. mengarahkan sahabatnya meletakkan ayat ini ke dalam surat yang dihantar kepada Raja Rom, Mesir dan Habsyah yang menganut agama Kristian supaya menjelaskan penggunaan kalimah oleh mereka dengan betul.

Betapa sucinya kalimah Allah walau pun digunakan oleh penganut agama kitab dengan fahaman mereka yang salah maka dihalalkan penganut Islam memakan sembelihan mereka dengan nas al-Quran:

Yang maksudnya : Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka).

Kalimah Allah diterima bersama dalam perjanjian Hudaibiyyah di antara Rasulullah SAW dengan pemimpin Musyrikin Makkah dengan fahaman yang berbeza terhadap kalimah Allah dan bersetuju untuk berdamai.

Para ulama dan pemimipin PAS, bahkan di luar PAS dan para mufti yang majoritinya tidak bercakap kerana ditutup suaranya, adalah bersepakat dalam perkara yang sudah dinaskan dalam al- Quran dan Sunnah. Jangan laga-lagakan para pemimpin PAS dan ulama melalui media dengan cara memutar belitkan laporan, sehingga tersalah langkah membawa padah kerana jahil murakkab.

Malangnya semua kenyataan secara nas ini dilupakan kerana kesilapan UMNO yang tidak mampu mentadbir urusan agama Islam. Jabatan Agama hanya ditugaskan untuk mengawasi kuliah agama, khutbah jumaat dan kegiatan agama yang boleh mendedahkan aurat Umno yang tidak menutup aurat supaya UMNO menjadi parti maha suci daripada segala dosa.

Ini menunjukkan kepada kita bahawa yang penting bagi UMNO hanyalah kemenangan pilihanraya mendapat kuasa semata-mata tanpa batas –batas iman dan kufur, benar dan salah, dosa dan pahala.

UMNO melakukan kesilapan dan dosa besar apabila menyerahkan urusan kalimah Allah ini kepada pasukan propaganda dan saraf dalam partinya dan jentera kerajaan yang dikhadamkan, maka berlakulah perbincangan yang lebih buruk daripada laksana menyerah bunga d itangan sang kera yang tidak berakal, kemudian diserahkan kepada para ilmuan, ulama dan mufti pengecut berdepan secara muzakarah, tetapi sanggup menjadi terompah kayu kepada UMNO untuk menegakkan hujah laksana mereka yang dinyatakan oleh Allah:

Yang maksudnya: Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya.

Tuan-tuan, janganlah jadikan PAS terpaksa membasuh kekotoran yang diadakan oleh UMNO, dan dalam masa yang sama PAS pula dipersalahkan atau menjadi kambing hitam yang disembelih kerana mempertahankan khurafat UMNO.

PRESIDEN PAS

Jan 13, 2013

Kebodohan Paling Bodoh

Assalamualaikum.

Dengan ini, saya, Sohibussamahah As-Syeikh Abdul Qayyum Al-Iskandary mengfatwakan bahawasanya pembaca berita Buletin Utama adalah bodoh dan sangat menyesatkan. Dan kepada mereka-mereka yang mempercayai siaran berita tersebut yang disertakan sekali dalam post ini, maka anda sangatlah bodoh tepu.
Sekian.




PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT lah.......BODOH!!!!!

Event : Rally Tarbawi Al-Azhar 2013

Assalamualaikum.

Jom ramai-ramai pergi...=)



Semoga Allah mengurniakan kelapangan masa dan dimurahkan rezeki.

Jan 8, 2013

Penyakit Orang Pandai

Assalamualaikum w.b.t.

Post kali sekadar menjadi tempat untuk mengeluh memikirkan tentang diri sendiri. Memikirkan penyakit yang telah menimpa aku sekian lamanya. Penyakit ini bukan hanya berlaku semasa musim peperiksaan sahaja sebenarnya, ia juga berlaku semasa mahu menyiapkan tugasa yang diberikan oleh pensyarah dan juga dalam "design process" aku setiap kali nak "crit". Aku sedar tentang perkara ni, tapi ntah la. Payah betul nak ubah.
Aku juga sedar sebenarnya aku mampu membuat yang terbaik jika aku mula awal dalam setiap gerak kerja aku. Ya Allah, aku mohon kesedaran yang jitu daripadamu. Tetapi jangan kau biarkan aku kecewa dan tidak mampu menanggung kesedaran tersebut. Aku mohon kekuatan darimu dalam menghatungi segala mehnah yang tersedia dihadapanku. Aamiin.


wassalam.

*eh, bukan aku patut cerita pasal insiden yang menimpa ke....hurm, tangguh lagi.

Jan 7, 2013

Ringkasan Tragedi Memali

Assalamualaikum w.b.t.

Awal mula pertama mula, al-fatihah kita sedekahkan buat para syuhada yang terkorban dalam tragedi memali yang akan diceritakan sebentar lagi. Aku pasti, umum keseluruhannya memang tidak tahu dan tidak mengerti apakah yang dinamakan "Tragedi Memali" ini. Hal ini kerana, isu ini sememangnya tidak pernah disebarkan melalui media-media massa milik rakyat. Tapi tidak buat mereka-mereka yang bencikan kezaliman dan sentiasa berusaha menjadi Al-Farouk ( pemisah hak dan batil ). Bagi mereka, isu ini sewajibnya terus digembar-gemburkan sampai bila-bila sehinggalah mangsa-mangsa tragedi ini mendapat pembelaan dan penghormatan yang selayaknya

Post aku kali ini aku kongsikan ringkasannya yang diambil dari blog INI.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
untuk generasi baru yang tidak tahu apa2 mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba 
ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.

1) Ustaz Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja bagi menumpukan kepada kerja2 dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.

2) beliau adalah org yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung Memali, Baling, Kedah.

3) perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).

4) dalam usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.

5) merasakan tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk menangkap Ibrahim Libya.

6) akhirnya kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2 dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.

7) itulah antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis. tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan, depa terpaksa ikut.

8) rundingan demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.

9) akhirnya selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.

10) pada mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ, serangan pun dilancarkan bertai arus.

11) selepas zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada pengetahuan umum.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

wassalam. Semoga syurga buat mereka.

Jan 6, 2013

Al-Kisah Ulama Muda UMNO


Kita sememangnya kena hormat dan menyayangi para ulama'.\

Tapi kalau wujud ulama semacam ini.....GUANE!!!????


SEBAB TU AKU TAK PERNAH MENYUKAI APATAH LAGI MENYINTAI GEROMBOLAN UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION NI.!!

Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL 112


AYUH SEMUA!!!!

JOM TURUN KE JALAN!!!!





Jan 4, 2013

Musibah itu Ketentuan Allah

Assalamualaikum.

Sebenarnya posting kali ni aku nak cerita tentang insiden yang menimpa aku dan sebahagian kawan-kawan serta 4-5 orang junior aku.

Tapi aku masih tak dapat menyusun cerita secara elok, beretika dan dan sedikit ujub.

Jadi, aku cerita masa posting seterusnyalah.

Wassalam.

"Korang ni mcm tebuan tau, duduk dalam sarang jer..tapi bila dah keluar dari sarang, korang hebat, MENYENGAT!!" -BELIAU-

Jan 1, 2013

Ensiklopedia Agung

Assalamualaikum.

InsyaAllah 2013 ini membawa kepada azam baru dalam hidup aku.

"Memperbanyakkan tadabbur dan menghafal Al-Quran"

Semoga aku akan terus istiqamah dalam hal ini dan aku ingin mengajak kalian bersama sehingga keakhir hayat.

Daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a., nabi s.a.w. bersabda: "Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada golongannya".

( Riwayat Muslim )