May 27, 2012

Ayuh Anak Muda!



"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allahu Rabbil A'lamin"




May 16, 2012

Mahar Cinta


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..

_DEVOTEES_



May 15, 2012

Bodohnya Engkau Ini


Alhamdulillah, semakin hari, diruangan muka buku kelihatan sudah ramai yang menukar gambar profilenya dengan gambar yang menunjukkan solidaritinya terhadap mangsa kekejaman tentera Zionis.

Namun begitu sheikh, tak cukup kalau sekadar tukar gambar je kalau diri sendiri tak ada pengislahan.

Apa guna ko letak gambar coklat tu tapi...

status update ko macam haram...sama macam status-status golongan-golongan yang termasuk dalam agenda zionis.

Post-post ko pun sama je macam puak zionis laknat tu....ape de hal??

hadoih.....BODOHNYA ENGKAU INI.

May 14, 2012

For You Palestine







From Malaysia with Love and Doa'.

Motivasi Cinta 1.0




|Cinta bukan sekadar rasa, tetapi ia hadir bersama amanah|


Motivasi Politik 1.0





"Di atas robohan Kota Melaka; Kita Dirikan Jiwa Merdeka; Bersatu padulah segenap baka;
Membela hak keadilan pusaka "


May 13, 2012

Menghitung Hari Vol 2.

Dimalam yang dingin sambil bertemankan lagu Istikharah Cinta,

Tatkala kerja designku masih bertimbun,

Hatiku masih resah memikirkan hari yang bakal mengubah sebahagian besar hidupku,

Hari yang tidak pernah kuduga bahawa sememangnya akan kutempuh.

Semoga Allah permudahkan.




InsyaAllah.

May 12, 2012

Usrah 2.0


"Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur : 32)

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan Rahmat-Nya: bahawa DIA menciptakan untukmu (lelaki) isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan antara kamu (suami isteri) kasih sayang dan belas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.”

(Surah ar-Rum : 21)



Bapaku Seorang YB- PyanHabib


Mempersembahkan puisi oleh seorang seniman rakyat....=)



Bapaku seorang YB di negara demokrasi
joget dan zapin dia tahu menari
hari-hari meeting
hari-hari outstation
sampai pagi konon menghargai
kesetiaan para pengundi yang memilihnya di pilihanraya

Di atas podium di hadapan rakyat
orang-orang kampung jauh terpencil
lidah bapaku petah bersilat
uratnya tegang mata terjegil

Bapakku pakar pintar teori mulut berbuih mata
melilau bersembur serapah segala jampi
orang-orang kampung batuknya hijau
Kitab sejarah dan hadis Nabi jadi hafalan bapaku
bestari rakyat maehaen ditaburi janji

Tidak siapa tahu bapakku gergaji bermata dua
sondol sana - sondol sini
dia main tutup mata
orang-orang kampung terlopong dengan mata terbuka

Bapakku seorang YB di negara demokrasi
anak aku bertuah tidak pernah mengundi
diajarnya aku berotak pintar
untuk hidup mesti terlebih ajar

Oh alangkan bertuah aku anak bapak
Bapakku YB , aku jadi penyangak
masing-masing putar belit
masing-masing pintar teori
masing-masing isi perut dan tembolok sendiri

Bapakku seorang YB di negara demokrasi
di parlimen tak habis-habis berkelahi
jadi Yb tak habis-habis kena maki

Minda Yusuf Qardhawi


Buat kawan-kawan dan juga saya sendiri, bila kita rasa kita sebenarnya tidak mengerti apa-apa, jangalah sesekali kita membuat andaian sendiri sehingga boleh menimbulkan fitnah.
Tu pentingnya untunk kita mengerti bahawa Ulama itu adalah pewaris para Nabi.
Kepada merekalah tempat rujuk merujuk bagi mengetahui setiap perkara terutamanya perihal hukum-hakam.



wassalam.....=)


Usrah 1.0


"Barangsiapa yang tidak menyibukkan diri dalam kebaikan, nescaya ia akan disibukkan dalam keburukan "




Hartanah



Rupanya dalam sedar tak sedar, aku ni berharta ghopenye.



boleh la kot buat modal kahwin....keh3..~

klik link nih klw nak berasa diri tu berharta gak.....LINK

Kriteria 1.0


Kriteria utama bagi seseorang yang ingin bergelar isteri kepada

Abdul Qayyum ialah :

1- PENYOKONG TEGAR PAS
2- PENYOKONG TEGAR PAS
3- PENYOKONG TEGAR PAS

Lain-lain kriteria selain ketiga-ketiga kriteria diatas akan dibincangkan pada masa-masa akan datang. Hal ini kerana Abdul Qayyum tersebut masih berada dibawah paras yang sangat rendah dalam proses pengislahan diri kearah peribadi yang soleh.

Sekian. Pas Untuk Semua. ISLAM untuk semua.




May 8, 2012

Kita Masih Dijajah



Tatkala Jepun serang dan jajah Tanah Melayu,
Hanya umat tanah melayu yang hidup pada zaman tu je yang merana.

Tetapi, tatkala British yang menjajah Tanah Melayu,
umat Tanah Melayu itu merana dalam keadaan tidak sedar sampai sekarang.

SEBAB APA???

Sebab penjajahannya diteruskan oleh legasinya yang bernama

United Malay National Organization.


Bagi mereka yang masih tidak sedar atau tidak mengerti,
singkaplah sejarah negara kita semula dan fahamilah...

Kenapa UMNO itu digelar sebagai KANAN oleh British..??

Kenapa PKM, API, AWAS, TANI etc itu digelar sebagai KIRI oleh British..??

Kenapa isu Mat Indera yang dikatakan sebagai wira itu timbul..??

Kenapa kebanyakan filem yang menceritakan tentang kemerdekaan memperlihatkan askar-askar seperti Leftenan Adnan dan Sarjan Hassan itu berketuakan Pegawai Tentera British..??

Dari siapakah kita ini merdeka sebenarnya??..Jepun atau British...???


Konklusinya....KITA MASIH DIJAJAH.



May 7, 2012

No Brain


Dengan ini aku mengisytiharkan, golongan-golongan yang menyamakan Himpunan Bersih dengan rusuhan-rusuhan yang berlaku diluar negara adalah golongan-golongan xde otak. Belajar je tinggi-tinggi tapi tiada inisiatif untuk mencari.
Mereka-mereka ini sebenarnya tiada minat pun untuk mengambil tahu terhadap isu-isu semasa dan hanya mementingkan diri semata-semata serta merasakan dirinya itu sudah cukup senang.

Harus diingat, Himpunan Bersih itu pada asasnya adalah himpunan aman untut menuntut satu pilihanraya yang adil.
Kenapa tidak disamakan dengan demonstrasi-demonstrasi yang mebantah penebangan hutan, pemburuan hidupan liar dan sebagainya. Asal boleh nak kaitkan dengan rusuhan jugak.

Apabila disebut demonstrasi, ia bukannya dilihat sebagai rusuhan semata-mata.
Demonstrasi itu merupakan satu cara untuk kita meluahkan perasaan atas ketidak setuju kita terhadap sesuatu perkara.

Adakah menuntut satu pilihanraya yang adil itu adalah SALAH.??

Kesimpulannya, mereka yang hanya tahu berkata-kata, tuduh sana sini dan cakap berapi-api tanpa mengambil tahu tentang perkara sebenar adalah mereka-mereka yang tidak mengerti apa-apa sebenarnya. Sekadar mementingkan diri tanpa mengambil berat kemaslahatan ummah sejagat. Paling tidak pun, mereka-mereka ini adalah pengampu UMNO dari ujung rambut sampai ke taik kuku jari kaki yang mana hidupnya beranggapan hanya UMNO yang dapat memberi kesenangan kepada mereka...pooodah!!~

Sekian wassalam.

*post ini ditulis sebab aku x boleh tido memikirkan perangai puak2 ni x kira umno, isma dan lalang.

Menghitung Hari Vol 1.



SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN.

APA YANG AKU HARAPKAN HANYALAH SYARIAT TERPELIHARA.

=)



May 6, 2012

Kupinangmu dengan Bismillah.



Abdul Qayyum : Assalamualaikum pakcik.

Bakal Bapak Mertua : Waalaikumussalam, anak ni sape??...apa hajat datang kemari??

Abdul Qayyum : Nama saya qayyum pakcik. Duduk kuala selangor. Rasanya x perlu la saya nak selindung2, hajat saya datang ni nak masuk minang anak pakcik. Tapi jujur saya katakan, saya bukannya anak orang kaya, nak kata berharta....belajar lagi dan mak bapak yang tanggung. Tapi insyaAllah, setakat nak ajar ngaji ngan jadi imam solat tu...boleh la.

Bakal Bapak Mertua : Laa...belajar lagi...abis tu camne nak tanggung anak pakcik nnt??

Abdul Qayyum : Ntah la...saya pun x mampu nak jamin....saya cuma mampu bagi jaminan Allah jer...Allah dah kabor, kalau kahwin ni rezeki lagi murah. Yang betul2 saya boleh jamin, saya tanggung dosa anak pakcik je la...

Bakal Bapak Mertua : Hurmm...macam tu...ok la, pakcik terima pinangan kamu. Minggu depan pakcik jumpakan kamu dengan anak pakcik si ****** tu...bawak mak bapak kamu sekali.

Abdul Qayyum : Baiklah pakcik, terima kasih banyak2...terima kasih sebab terima saya seadanya...( hati tgh berbunga-bunga )

Bakal Bapak Mertua : Ok....balik elok2...kirim salam kat mak bapak kamu...

Abdul Qayyum : InsyaAllah pakcik....Assalamualaikum.

Bakal Bapak Mertua : Waalaikumussalam warahmatullah.



Setelah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, akhirnya Abdul Qayyum dan ****** pun selamat diijabkabulkan dengan mahar hanya sebentuk cincin emas. Namun begitu, majlis walimah dan pemberian hantaran akan diadakan selepas beliau dan isterinya habis belajar. Apa yang penting, segalanya kini halal......=)




* Kisah tersebut hanyalah sekadar angan-angan penulis dalam mencari erti cinta yang diredhai Allah. Masih mencari kekuatan dalam melaksanakan tuntutan syariat tersebut. Semoga segalanya dipermudahkan dan dijauhkan dari tipu daya syaitan yg direjam.


Ketenangan



SEMEMANGNYA CINTA ALLAH ITU LEBIH BERHARGA

AKU LEBIH TENANG KINI.

TERIMA KASIH ATAS KASIH DAN CINTAMU ITU YA ALLAH.


Hujan


Di Seri Iskandar sekarang ini sedang hujan.
Seri Iskandar ini medan ku menuntut ilmu senibina dan aku kira boleh juga dinamakan medan permulaan bagi perjalanan hidupku dalam mengenal siapa diri ni dan apa tujuan diri ini dicipta.
Di Seri Iskandar ini juga aku menilai erti persahabatan. Bagaimana persahabatan itu dibina dan bagaimana juga ia diperkukuhkan.

Namun begitu, tidak mampu aku menafikan, segala apa yang aku hadapi,
setiap perkara aku tempuhi merupakan ujian dan juga ilmu dari Allah.
Ilmu itu tidak datang dari kelas-kelas dan buku-buku semata, ianya mampu hadir dengan cara mengamati dan berfikir setiap perkara yang mengelilingi hidup kita.
Aku sedar, aku juga seorang manusia yang leka. Manusia yang tidak mampu lari dari berbuat dosa.
Tetapi, bukankah pintu taubat Allah itu sentiasa terbuka...??
Usah malu untuk bertaubat setelah berbuat dosa, tetapi malulah untuk berbuat dosa setelah bertaubat. Tidak ada perkara lain yang kita dambakan dalam setiap tingkah laku kita melainkan rahmat Allah semata-mata.

Semoga dengan turunnya hujan pada malam ini disertakan sekali rahmat AllahuRabbulA'lamin.

"Dialah yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu,sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya yang lain menyuburkan tumbuh-rumbuhan yang pada (tempat tumbuhnya) kamu mengembala ternakmu. Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan tersebut tanam-tanaman zaitun,kurma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda ( kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikir."
(An-Nahl:10- 11)


May 2, 2012

Alahai Utusan

Tatkala membuka facebook pada hari ini, aku melihat status update
daripada Dr Maszlee Malik yang sebegini rupa.




Lantas aku pun bukak la utusan online untuk tengak camne ghopenye
muka depan utusan pada hari. Nak beli??...huh!!...tobat lahum aku xkan bagi untung kat
utusan tu. Setelah melihat apa ceritanya, maka memang tepatlah tiada lagi ungkapan yang elok buat Utusan Malaysia melainkan BODOH.

So, no wonder la ustaz Harun Din mengfatwakan membaca utusan adalah haram.
Dah la kerja nak buat fitnah dan putar belit fakta, pastu siap lucah melucah lagi. Belum lagi nak kaborkan pasal majalah mangga, yang itu memang haram jadah la.

Kalau korg nak tawu bagaimana ceritanya dimuka surat depan utusan itu, carilah sendiri.
Lepas dah tengok, istighfar lah banyak sebab takut menjadi aib.


AKU SEMEMANGNYA BUKAN BUDAK YANG BAIK, SEBAB ITULAH AKU MAHU PEMIMPIN YANG BAIK SUPAYA SISTEM PEMERINTAHAN DAPAT DIKENDALIKAN DENGAN BAIK OLEH PEMIMPIN YANG BAIK DAN AKU BEROLEH DIDIKAN UNTUK MENJADI BAIK. InsyaAllah.

wassalam.

p/s : Malaysia lagi teruk dari Namibia dan Timor Leste

May 1, 2012

Bersih 4.0

Bersih 3.0 sudah berlalu.
Namun begitu, masih tiada lagi kenyataan-kenyataan pemimpin negara yang memberi respon kepada tuntutan-tuntutan yang disenaraikan.

Tatkala propaganda-propaganda yang memburukkan Bersih sedang dijalankan secara fitnah dan membuta tuli, haruslah diingat kembali apakah tuntutan-tuntutan tersebut.




i'm waiting for the Bersih 4.0 if there are no changes. May Allah bless.