Apr 30, 2012

Kekalahan itu pasti.


Salam.
Tatkala pulang dari rahman corner dan meng update beberapa post
di facebook, aku dengan ini menerima kekalahan
Manchester United dengan hati yang terbuka.

Namun begitu, disebalik keterbukaan hati aku untuk menerima kekalahan
pasukan yang ku minati ini, aku masih tetap tegar untuk mengatakan...

UMNO WAJIB DIKALAHKAN!!


Ya Allah, bantulah kami untuk menegakkan syiar mu di bumi Malaysia ini...Amin.

Selamat Hari Pekerja

Alhamdulillah, tatkala post ni dilancarkan, jam kat monitor aku menunjukkan pukul
1.35 a.m. Yang dimana membuktikan bahawa sudah 1 Mei.

SELAMAT HARI PEKERJA

Ucapan ini dipropagandakan terutamanya buat mak dan abah
yang dah berpuluh tahun bekerja demi menyara kehidupan kami sekeluarga.
Semoga Allah merahmati kehidupan anda semua.

Dan buat para polis dan FRU, kerja anda sememangnya satu kerja yang mulia.
Namun begitu, bekerjalah dalam kerangka suasana yang berakhlak.
Elakkan rasuah dan juga salah guna kuasa.
Jangan diikutkan sangat arahan regim Barisan Nasional yang kejam lagi zalim itu.
Berubahlah ea....semoga Allah mengampuni dosa kita semua.



Coretan di Facebook


Aku sekadar share petikan ni daripada Facebook milik seorang sahabat. Bukan kerana aku penyokong PR, namun coretan ini harus dialami, dirasai dan difahami oleh sesiapapun yang bergelar manusia dan rakyat Malaysia. Mungkin coretannya tidak sehebat kertas kerja-kertas kerja dan thesis para sarjana dan doktor falsafah, namun perkara yang ingin disampaikan itu mudah difahami.

Jumpa kat wall friend. Komen dari kawan dia.
Satu komen yang menarik dari seorang sedara ni,ingin dikongsi bersama. "Kata la apapun...di Malaysia ini sgt pelik. Kita sebagai rakyat seolah-olah tiada pilihan. Jika kamu menyokong sedikit tindakan pihak selain BN...anda dislogankan PEMBANGKANG....yg diracuni pemikiran Melayu Kuno sebagai org yg berfikiran negatif, komunis dan sebagainya. Dari pengamatan politik saya, di negara ini jika kerajaan yg sedia ada membuat majlis menghimpunkan puluhan ribu penyokong....tidak mengapa tetapi tidak kpd mereka yg lain. Contohnya penyokong BN berdemo di Pulau Pinang dgn memberikan hadiah tahi...tiada sebarang isu. Di luar negara kebanyakan negara mereka jarang menyebut pembangkang tetapi hanya menyebut nama parti. Ini seolah-olah satu permainan minda utk mengatakan pembangkang adalah sebuah parti yg akn menjhanamkan negara. Di England mereka tak bercakap tentang pemimpinnya atau menyebut parti yg tidak memerintah sebagai pembangkang. Mereka bercakap tentang parti Buruh-Konservatif. Jika di Amerika tentang parti Republikan - Demokrat. Pemimpinnya tak penting. Tapi di Malaysia, kita cakap tentang Najib-Anwar. Kita tak seperti di England, kalau tak boleh buat, letak jawatan. Di Malaysia kita cakap tentang personalitinya bukan dasar ekonomi utk kesenangan rakyat. Di Malaysia pihak berkuasa seperti polis, SPR dan badan2 kerajaan yg lain dilihat sebagai parti politik. Sehingggakan rakyat keliru antara parti dan kerajaan, begitu juga antara duit parti dan duit kerajaan. Apa itu kerajaan pun mungkin sesetengah mereka tidak faham. Jika anda menyokong sesuatu usaha yg baik di mata dan fikiran anda yg diusahan oleh pihak yg bukan dari kerajaan anda akn di anggap bodoh, memusnahkan bangsa, ganas dan sebagainya. Dlm erti kata lain anda tidak boleh ada pilihan. Anda mesti memilih parti yg memerintah kerajaan itu selama-lamanya. Wujudnya parti yg lagi satu hanyalah sebagai bukti negara ini demokrasi. Saya hairan kenapa apabila saya menyokong apa yg dilakukan kerajaan, saya dianggap bijak, berwawasan dan sebagainya. Tetapi saya tak boleh menyokong yg lain selain daripada kerajaan. Hinggakan saya tertanya apa perlu parti yg lain selain UMNO, MCA dan MIC. Sedangkan Allah Yang Maha Bijaksana memberi saya pilihan samada ingin ke syurga atau ke neraka. Saya juga ke kedai buku di beri pilihan utk membeli buku atau akhbar yg saya inginkan. Begitu juga memilih isteri saya juga diberikan pilihan. Seperti yg saya katakan, beginilah if u choose to live in ignorance..then dont call other people stupid... Kamu duduk di rumah dan tidak menyokong BERSIH...tiada siapa yg peduli. Tiada siapa yg marah. Tiada siapa yg kata kamu bodoh. Jom Heboh yg membuatkan jalan raya sesak...kita tak marah kerana ada manusia yg ingin bersuka ria ke sana. Itu hak mereka. Nasihat saya jgn jadi peminat politik kolot atau kuno. Kamu hanya ada satu pilihan sepertimana Firaun. Kamu hanya boleh pilih Firaun sahaja sebagai Raja dan Tuhan kamu...tak mengaku Firaun Tuhanmu...kamu akn disiksa dan dibunuh. Jadi berilah hak sekali sekala utk org lain. Kata la apapun...saya tetap menganggap mereka yg turun semalam adalah sebagai wira....walaupun sejak berbelas tahun mereka tahu risiko dipukul, disimbah air kimia dan gas pemedih mata...mereka tetap turun menyatakan apa yg tersirat di hati." sila LIKE dan SHARE setelah membacanya.


Tidak salah berdemokrasi, yang menjadi salah apabila demokrasi dilaksanakan dengan cara tidak berakhlak seperti rasuah, pecah amanah, tidak adil dalam sistem pilihanraya dan sebagainya. Wallahua'lam.

Redha je laa..




Maybe aku hanya hanya terlalu mengharap.....hurmm...=((
.
.
.



redha je la....

Kempen


Bila bercakap soal politik, ada yang berkata,

" Saya lebih rela berkempen untuk Allah kepada manusia daripada berkempen untuk manusia kepada manusia "
.
.
.
.
.
Persoalan yang timbul dalam benak aku, apakah salah untuk aku berkempen untuk manusia yang memperkenalkan Allah kepada manusia.

Harus diingat, Islam tidak tertegak atas hujah semata-mata, bahkan hujah itu harus seiring dengan perbuatan.



Apr 29, 2012

Nasihat Buat Hamba Berdosa







syukran a'la nasihah ya syeikh.....=D

Kagum




Sebenarnya aku sendiri pun tak paham kenapa
dalam banyak-banyak gambar yang ditangkap oleh jurugambar-jurugambar Bersih 3.0
termasuk diri aku sendiri, pasti wujud gambar yang subjeknya berupa ini.
.
.
.
.
.
.
.




Tindakan aku ini bukanlah sebagai penghapus niatku untuk menjatuhkan
UMNO dan Barisan Nasional.

Cuma aku kagum dan..........................jatuh cinta. urgh!!!~...haha.

Apr 26, 2012

Jatuh Cinta

Aku x mampu sorok perasaan ini lagi
Aku x mampu menanggung seksa rindu ini lagi
Aku sangat mengagumi keperibadianmu

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Ana asif ya ukhti...=(

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



nak kawin pleaseeee.....

Apr 21, 2012

- Ve Thinking




Terlalu banyak prejudis dan berfikiran negatif terhadap sesuatu perkara waima perkara yang  mendatangkan kebajikan sekalipun menjadikan umatku dan bangsaku tetap tidak maju dan membangun


* belajar dari pengalaman.

Apr 19, 2012

Change!!~



Apabila PM Datang

Apabila PM Datang! Apabila PM datang,
semak dan belukar habis di tebas tebang,
jalanraya di baiki sampai tiada berlubang.

Apabila PM datang,
Kakitangan kerajaan bermesyuarat pagi dan petang,
ketua kampung diarah mengumpulkan orang.

Apabila PM datang,
Pemidang bergantung di setiap tiang,
Sepanduk di ikat di setiap simpang.

Apabila PM datang,
Banyak bas disewa dari bekas buruh ladang,
Sewaan khemah dan pentas menggunakan banyak wang.

Apabila PM datang,
Gambar pemimpin terpampang di tengah bendang,
Cogan kata dan slogan macam nak pergi perang.

Apabila PM datang,
Kontraktor makanan mendapat peluang,
Pembuat baju koperat gembira bukan kepalang.

Apabila PM datang,
Rakyat dilontar dengan nasi bungkus dan sedikit wang,
Tapi mereka rasa macam tidak ditipu orang.

Apabila PM datang,
Ucapan PM bagai membakar belerang,
Rakyat bertepuk tangan tapi tak faham apa yang dirancang.

Apabila PM datang,
Ucapan dipenuhi menghina pembangkang,
Para pengumpul angguk kepala dan menggadai kebenaran dengan sedikit wang.

Apabila PM datang,
Pemimpin pulang dengan hati girang,
Rakyat pulang dengan hati lapang.

Hairan!!….mereka tidak resah apabila ramai yang tidak sembayang.





sumber : http://mediaperak.com/2012/04/17/apabila-pm-datang/