Nov 12, 2010

Quote #3

Assalamualaikum w.b.t


"Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. sesungguhnya anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tetapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini"

(Facebook User)



Wassalam.

Quote #2

Assalamualaikum w.b.t



"YOU MUST THINK ON WHAT
YOU ARE THINKING"

Prof Madya Ismail
Studio 02
Dis-March 09-10
B.Sc Architecture


Wassalam.

Nov 10, 2010

Faktor Rumah Dahulu Kala Bertahan Lama

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t.

InsyaAllah posting kali lebih menumpukan kepada pengkajian terhadap faktor-faktor rumah terdahulu terutamanya rumah tradisional Melayu bertahan lama. Seperti mana yang dapat kita lihat dan pelajari hari ini, Malaysia amat terkenal dengan seni bina nya sendiri yang cukup unik melalui pembinaan rumah-rumah tradisional seperti di negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka. Ia memaparkan kebijaksanaan orang terdahulu dalam mereka bentuk rumah dan menyusun ruang mengikut keperluan semasa, kehendak agama dan adat, pengadaptasian cuaca dan penggunaan bahan binaan.

Antara faktor utama yang menjadi penyebab rumah-rumah ini bertahan lama adalah penggunaan bahan binaan yang diambil dari sumber semulajadi terdekat seperti kayu, rotan, akar dan daun.
Penggunaan kayu sebagai bahan binaan utama menjadi faktor penting dalam memanjangkan hayat sesebuah rumah kerana kayu yang diambil adalah kayu-kayu yang berkualiti.

Selain itu, pengadaptasian cuaca yang baik oleh sesebuah rumah itu boleh diambil kira untuk menjadi faktor pemanjangan jangka hayat rumah tersebut. Hal ini dapat dilihat pada pembinaan bumbung yang bercerun yang dapat mengurangkan atau menghalang hujan daripada terkena dinding rumah. Ini kerana Malaysia merupakan negara yang terletak dalam kawasan yang panas dan lembab sepanjang tahun. Sekiranya elemen ini tidak diatasi, dinding rumah yang diperbuat daripada kayu akan cepat mereput. Bagi menangani cuaca panas pula, banyak tingkap dibina dan lantai ditinggikan bagi mewujudkan sistem ventilasi yang baik. Hal ini secara tidak langsung dapat menyejukkan ruang rumah dan menangani kelembapan.

Faktor lain yang boleh diambil kira dan bagi saya cukup penting untuk kita hayati dan amalkan ialah niat serta matlamat sang pembina sebelum mendirikan rumah.
Diriwayat daripada Umar Al-Khattab r.a, beliau berkat : Rasulullah bersabda:

" Sesungguhnya setiap amalan itu hanya dengan niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya mendapat balasan mengikut apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah untuk mencari duniawi atau untuk mendapatkan wanita yang ingin dikahwini, maka (pahala) hijrahnya itu mengikut niatnya". [riwayat Bukhari]

Sebagai hamba kepada Al-Khaliq, kita harus percaya niat yang baik akan mendatangkan sesuatu yang baik. Begitu juga apa yang diniatkan oleh pembina-pembina terdahulu. Mereka membina rumah demi kepentingan dan keselesaan ahli keluarga mereka serta generasi-generasi akan datang. Jadi Allah membalas niat baik pembina tersebut dengan menjadikan rumah-rumah yang dibina kekal baik dan utuh sehingga sekarang, Wallahua'lam.

InsyaAllah, sampai disini sahaja posting kali ini.
Wassalam.

*sebagai perkongsian ilmu.
asyik nak wat posti BM lintang pukang je...payah gak...hehe~~


Quotes #1

Assalamualaikum w.b.t.


Yesterday is history, Today is a reality, Tommorow is our destiny. I'm living today based on my 'yesterday', and i'm looking forward to live for tommorow, but not to forget the past. so that i wont repeat the same mistakes. All i wanna say is, experience teach me the meaning of life.


(Facebook User)

wassalam.

Searching For Quotes

Assalamualaikum w.b.t


InsyaAllah, currently i'm searching for g0od quotes that will
continously follow my journey of life. I think it is more like
LIFE'S PHiLOSOPHY.

All quotes may come fr0m Quran, Hadith, lecturers' talk and also
may come facebook users...mwahaha.

Awkey...that's all for this time.
Currently at Rahman Corner with N, Anip and Faisal.
Companied them finish all blog assignment.

wassalam.

use english...not manglish



*someone...please check my grammar
trying to become "gediks"...ahaks!!!!